|
![]() |
Sungai Teris satu-satunya sungai merintangi kampong Relong. Sungai Teris mempunyai nostalgia tersendiri buat penduduk Relong satu ketika dahulu terutama mereka yang tinggal berhampiran sungai. Sebahagian sungai ini dipenuhi oleh pokok rumbia yang menjadi punca makanan utama kepada ternakan ayam dan itek serta pokok mengkuang untuk membuat tikar. Air sungai menjadi keperluan utama bagi kehidupan masyarakat. Sungai itu sendiri antara tempat mencari rezeki seperti memancing, melukah, menjaring dan pelbagai cara menangkap ikan dari pelbagai jenis peralatan yang sudah kurang kelihatan hari ini. Pesta menangkap ikan dipanggil 'berikan' secara beramai ramai juga amat menyeronokkan.
Sungai teris ini lah juga tempat aku mula-mula belajar berenang. Airnya dalam sehingga mencecah lebih 2 meter disesetengah tempat. Pernah 'cengkelik' (lemas) diperingkat awal belajr berenang. Disini juga menjadi lokasi bagi aku dan rakan-rakan bermain rakit yang dibuat dari pelepah rumbia. Ianya juga tempat mandi manda secara beramai-ramai bersama rakan sebaya yang amat menyeronokan. Pelbagai aktiviti dilakukan seperti lumba renang, menyelam (menyembunyikan sesuatu didasar sungai), bagi menunjukkan siapa hebat secara suka-suka.
Aki aku, Khatib Uteh bin Imam Talib bin Usoh adalah seorang yang pandai membuat 'belat'. Belat adalah sejenis peralatan kekal (statik) menangkap ikan dibuat daripada buloh yang dibelah kecil dan dianyam, diikat dengan rotan dipacak dalam air sehingga kedasar sungai. Ianya bebentuk kelong ketebing sungai. Belat mempunyai pintu dalam bentuk perangkap untuk laluan ikan masuk kedalam kawasan kepungan.Untuk menangkap ikan adalah dengan cara mengumpan biji-biji kekabu dan daun dedalu kedalam kawasn belat . Apabila ikan sudah masuk ke dalam kawasan belat tali penutup perangkap pintu belat hendaklah dilepaskan maka ikan-ikan pun terjerat dalam 'belat'. Kebiasanya ikan yang makan umpan belat ini ialah ikan lampam, peroi, pucuk pisang dan sebarau kerana ikan-ikan jenis ini suka kepada umpan biji kekabu.
Paling tidak dapat dilupakan ialah ketika umur 10 tahun aku direndam dalam sungai teris separas pinggang selama beberapa jam sebelum dichaleak (bersunat) oleh tok mudim aki Had.....hehehee
|
![]() |
bace je la kat link yang keh share kat bawah ni. pastu bace dan buat kajian sendiri samada demeh nk percaya ke tak.
http://globalmoneymedia.blogspot.com/2010/10/ratu-inggris-keturunan-nabi-muhammad.html
|
![]() |
Terember – gayut, gantung [Kamus Dewan (ed. Ke 3 (1994) - ms 1431.]
· Terember – istilah kita, merujuk kepada silsilah yang dibuat oleh anak cucu Tok Linggi, disimpan oleh Waris Keras dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. [nama anak cucu cicit adalah bergayutan dari Tok Linggi hingga kepada kita.
· Ikut bunyi sebutan kita “Teghembe”.
APA ITU TEGHEMBE?
SIAPA TEMPAT RUJUK TEREMBER?
1. Haji Abdul Karim Ali
2. Haji Husin Ali
3. Haji Omar Mokhtar Abdul Kadir
4. Haji Muhamad Yusof Idrus
5. Haji Abdul Rauf Haji Uda
6. Haji Abdullah Haji Akhir
7. Haji Yusof Ibrahim
8. Hajjah Hawa Salim
SIAPA RUJUKAN ILMIAH TOK LINGGI?
1. Ir Haji Mazlan Haji Abdul Samad
2. Encik Adnan Abdul Kadir
3. Haji Zahari Haji Uda
4. Haji Muhamad Yusof Idrus
SIAPA WARIS KERAS?
· Waris Keras adalah mereka yang diamanahkan untuk menyimpan dan mengemaskini teghembe.
· Antara mereka adalah:-
1. Menteri Talib bin Usoh
2. Pawang Ibrahim Bilal Ishak
3. Abdul Karim Ali
OBJEKTIF
1. Memahami teghembe keturunan Tok Linggi yang naskahnya diusahakan oleh Haji Abdul Karim Ali
2. Mengemaskini teghembe yang ada disamping mengenalpasti
- lelaki atau perempuan
- suami dan isteri / isteri-isteri
- gelombang kedua dan seterusnya.
3. Menimbulkan minat generasi muda untuk memahami dan mengemaskini teghembe
4. Mendokumentasikan sejarah Tok Linggi dan sejarah penulisan dan penyimpanan teghembe
5. Memulakan usaha untuk memodenkan teghembe ini dengan computer
RASIONAL
Sesungguhnya usaha ini perlu dilakukan segera kerana :-
1. Mereka yang mampu memahaminya sudah tidak ramai – hasratnya untuk meramaikan mereka yang tahu.
2. Ramai cucu cicit Tok Linggi sudah keluar dari persekitaran Relong dan berlakunya perkahwinan luar.
3. Perlunya proses dokumentasi untuk memastikan sejarah tidak hilang.
SKOP USAHA
1. Usaha seterusnya perlu diteruskan untuk mengetahui leluhur bagi memantapkan sejarah kedatangan Tok Linggi (menyusur ke atas)
2. Usaha untuk mengemaskini teghembe (menyusur mendatar dan ke bawah)
3. Usaha memudahkan teghembe difahami oleh generasi masa kini – semasa (menyusur mendatar)
4. Menanamkan minat generasi semasa kepada teghembe.
ISTILAH
Tok Linggi atau Tok Lingga?
1. Dalam ejaan jawi Linggi dan Lingga di eja sama ‘lam ya nun ge ya’
2. Terpulang kepada pembaca untuk memilih bunyinya.
Terember atau Teghembe?
Teghembe adalah kaedah membunyikan perkataan terember mengikut loghat atau dialect setempat.
|
![]() |
Teremba atau juga dikenal sebagai teromba merupakan 2 perkataan yang membawa makna yang sama.Terdapat banyak pengertian teremba atau teromba; ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilangan adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adat Teremba atau teromba juga dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo, dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum hidup bermasyarakat.Manakala Kamus Dewan Edisi ke-4 memberi makna teremba sebagai salasilah atau susur galur keluarga atau family tree. Pada era globalisasi yang semakin menghakis nilai kekeluargaan ini,kepentingan teremba ini semakin disedari oleh sebahagian besar masyarakat yang masih lagi menghargai nilai kekeluargaan ini. Oleh sebab itulah ,keturunan Dato’ Linggi yang sebahagian besarnya berada di Kampung Relong,Kuala Lipis Pahang semakin membuka mata mereka untuk menjejak kasih dengan mengenali teremba Dato’ Linggi ini memandangkan pentingnya kita mengenali asa-usul kita dan perlunya kita mengenali keluarga kita serta insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim.
Teremba Dato’ Linggi ini diasaskan oleh
Tok Linggi berasal dari Kampung Bukit Meninjau,Sumatera Barat,Indonesia (1790an) berhijrah ke Kampung Relong Kuala Lipis semasa negeri Pahang dipemerintah oleh Bendehara Tun Ali (1782-1857). Sejarah kedatangan Tok Linggi ke kampung ini bermula dimana beliau bersama lima orang adik-beradik telah datang ke Tanah Melayu.
Tok Linggi meninggalkan adiknya di Semantan, sementara beliau bersama 80 orang pengikutnya meneruskan perjalanan dengan menggunakan perahu, mudik ke hulu Sungai Pahang dan Sungai Jelai dengan dibantu oleh seorang pedagang.
Tok Linggi bersama rombongan pertama dan kedua seramai 80 orang telah meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan tempat yang sesuai untuk dijadikan kediaman iaitu di Kampung Relong. tempat pertama beliau menetap adalah di kawasan yang dinamakan Binjai, dan kemudian beliau berpindah pula ke satu kawasan baru yang dikenali sebagai Kuala Teha dan akhirnya di Kuala Relong.
Tok Linggi menetap di Kuala Relong dan meninggal dunia di Kuala Relong dan dikebumikan di sebuah kawasan di tepi Sungai Teris di antara Kuala Teha dan Kuala Relong. Tempat tersebut dinamakan Makam Pusara Tok Linggi hingga ke hari ini dan ia merupakan salah satu tempat bersejarah di Kampung Relong.Tok Linggi atau nama sebenarnya Raja Ahmad telah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan di tempat yang bernama Lubuk Yong dan meninggalkan zuriat yang disebut sebagai keturunan Tok Linggi hingga ke hari ini.Tok Linggi telah menamakan beberapa tempat diantaranya ialah Pasir Sia, Perlak, Beralas, Bukit Peninjau, Binjai, Relong, Kuala Teha, Kuala Relong, Sawa dan Geta dengan mengambil nama sempena nama-nama tempat yang terdapat di Sumatera Barat dan Bukit Meninjau juga merupakan tempat asal beliau
Kita seharusnya berterima kasih kepada Imam talib b Usoh yang mengambil inisiatif untuk mendokumentasi salasilah Tok Linggi ini bermula dengan anaknya seramai 6 orang iaitu ‘Amat, Mamat, Timah, Saleh, ‘Ali, ‘Alas dan Munah. Teremba yang ditulis oleh Imam Talib bin Usoh ini yang merupakan generasi ke-_____?Tok Linggi ditulis dalam tulisan jawi pada awal abad ke-20.Teremba asal ini yang ditulis dengan menggunakan dakwat buah leban,disimpan oleh Ibrahim bin Ishak dan seterusnya dibawa oleh Sulaiman bin Etah ke Bertam,Gua Musang Kelantan. Namun, Haji Karim bin Ali sempat membuat salinan daripada naskhah asal tersebut.Berdasarkan naskhah salinan yang dimiliki Haji Karim bin Ali itulah,dibuat salinan oleh Haji Abdullah bin Akhir dan teremba itu telah dibuat penambahan susur jurai generasi yang terbaru dan naskhah itulah yang dapat kita lihat pada hari ini yang ada dalam simpanan beberapa orang penduduk kampong Relong sekarang. Sesungguhnya jika kita ialah waris Tok Linggi kita seharusnya mengkaji Teremba Tok Linggi ini bagi mengenal pasti kedudukan kita sebagai generasi Tok Linggi. Hal ini demikian kerana sebagai anak pertama Imam Munah kini sudah memiliki 9 generasi,manakala Timah sebagai anak bongsu baru ada 6 generasi selepasnya. Namun,jika dikaji teremba itu,terdapat 2 orang anak yang tiada jurai keturunan iaitu Salleh dan Ali.Hal ini disebabkan mereka tidakmenetap di Kampung Relong dan keadaan generasi mereka belum dapat disahihkan sehingga sekarang. Sesungguhnya semua ini mendatangkan keterujaan bagi sesiapa sebagai waris Tok Linggi untuk mengkaji teremba kerana berdasarkan itulah kita mengenali dan merapatkan silaturahim sesama kita.Apatah lagi,kebanyakan kita yang ada di daerah lipis ini merupakan sebahagian daripada puak 16 di bawah Pawang Tamat.Siapakah Pawang Tamat dan Siapakah Puak 16?
-gambar menunjukkan pusat/punca salasilah atau teromba dalam bahasa jawi yang yang menunjukkan jurai kuturunan dari 7 anak Tok Linggi. Salasilah itu berkembang hinggalah generasi yang terkini ( ganerasi ke 11 atau 12 atau atau 13?)
p/s- mohon kepada sesiapa yang mempunyai bahan berktaitan sejarah relong menyumbangkan bahan untuk kongsi bersama di laman ini
|
![]() |
sape tau gambar diatas?
- ye..gambar diatas adalah makam pengasas kg kite, iaitu tok linggi.
sape tok linggi?
hehe..rasanya semua dah tau kan yg nenek moyang kite ni dari keturunan raja. tapi ada yg tau ke maklumt yg lebih terperinci?
kalau nk tau bace la kat blog ni..ni ada sedikit maklumat dari blog tersebut:
"Raja Ahmad al Linggi adalah seorang anak raja dr Kesultanan Johor Riau yang pernah ditabal sebagai Raja Johor Riau selepas kemangkatan ayahandanya, Paduka Sri Sultan Abd Jalil V. Disebabkan berlaku pertelingkahan kuasa di antara orang Melayu Riau dan orang Bugis, maka tersingkirnya Raja Ahmad dari Riau ke Tanah Melayu dan akhirnya menetap di Pahang. "
sumber: Blog Raja Ahmad Al-Linggi
ha..bace la betul2 sejarah diri kite ni..moge2 dapat memberikan motovasi setelah mengetahui asal-usul kite ni..